Ramadhan makin dekat dan insha-Allah nanti kita akan perbanyakkan
lagi bacaan Al-Quran kita.
Alhamdulillah mid bersyukur kerana telah dilahirkan di Malaysia di mana rata-rata kaum muslimin
tahu membaca Al-Quran. Dari kecil kita diajar alif ba ta sehingga arif akan
hukum-hukum tajwid.
Antara yang menarik ialah cara membaca hamzah
wasol (ٱ) di permulaan ayat.
Dalam Quran, banyak
bacaan yang bermula dengan huruf aliff yang tak ada baris. Dulu mid pakai main
redah saja dengan membaca sebagai baris atas. Tapi rupa-rupanya ada cara nak
baca.
Di permulaan ayat, ada
tiga cara baca yakni dengan membaca aliff tu dengan baris atas, bawah atau
hadapan.
Baris Atas
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ
(Surah Al-Fatihah:1)
Cara bacaan: Alhamdulillah
Apabila bermula dengan alif lam ialah dengan
membaca hamzah wasol itu seolah-olah ia berbaris atas.
Baris
Bawah
ٱصۡلَوۡهَا
ٱلۡيَوۡمَ
(Surah Yassin: 64)
Cara bacaan: Islauhal
yauma
Apabila ia tidak bermula dengan alif lam, kita perlu lihat
kepada huruf ketiga. Seandainya huruf ketiga berbaris atas atau bawah, kita
membaca hamzah wasol itu seolah-olah ia berbaris bawah.
Maka huruf ketiga ialah huruf lam yang berbaris atas maka
bacaannya ialah dengan baris bawah bagi hamzah wasol itu.
ٱنفِرُواْ
خِفَافً۬ا
(Surah Attaubah: 41)
Cara bacaan: Infiru
khifafan
Baris
Hadapan
ٱنظُرۡ كَيۡفَ
(Surah An-Nisa: 50)
Cara bacaan: Undhuru
kaifa
Apabila ia tidak bermula dengan alif lam dan
huruf ketiga adalah baris hadapan, maka cara bacaannya ialah dengan membaca
hamzah wasol itu seolah-olah ianya baris hadapan.
Alangkah indahnya
sekiranya kita faham bahasa Arab supaya kita boleh faham apa yang kita baca
kan. Dan cara bacaan ini tidak akan menjadi sebarang isu. Namun, alhamdulillah hokum
tajwid begitu teratur dan mudah untuk kita ikuti dan moga kita akan arif
apabila memulakan ayat kita dengan hamzah wasol.
Wallahualam.