Seperti hari-hari yang lain, aku mengambil akhbar Evening Standard yang percuma sebelum masuk ke dalam stesen London Underground. Memang aku mengaku kadang-kadang gosip dan iklan saja yang lebih tapi percuma, aku ambil sajalah.
Terpampang di muka hadapan akhbar adalah suatu yang agak mengejutkan. Kenapa?

Negara UK yang dikatakan maju mempunyai 25% murid-murid berumur 11 tahun yang masih buta huruf?
Evening Standard telah merungkaikan isu ini dengan begitu teliti sehinggakan lima mukasurat pertama adalah mengenai isu ini saja. Aku nampak wartawan ikhlas dalam melaporkan isu yang bakal memberi impak yang besar kepada masa depan Britain.
Apa yang lebih menarik perhatian dan menyentuh aku ialah mengenai cerita seorang murid berumur 7 tahun bernama Aurella. Aurella tinggal bersama ibunya yang merupakan seorang ibu tunggal dari Poland yang berhijrah ke London untuk memulakan hidup baru setelah ditinggalkan oleh bapa Aurella.
Ketika dua anak beranak ini tiba di London dua tahun yang lalu, mereka langsung tidak bercakap dalam bahasa Inggeris. Malah, Aurella tidak tahu satu perkataan dalam bahasa Inggeris pun di hari pertamanya di Viking primary di London.
Bayangkan, nak cakap pun tak boleh, faham jauh sekali, macam mana lah anak kecil ini nak ikut apa yang diajar cikgu. Gurunya berkata bahawa anak kecil dari Poland ini adalah dua hingga tiga tahun di belakang rakan sekelasnya yang lain. Kasihan kan. Dah dia tak faham, memang terkebelakang lah kan.
Apabila cikgunya berjiwa cikgu bertanya, maka keluarlah cerita yang Aurella ni, ibunya pun tahu sepatah dua saja dalam bahasa Inggeris. Di rumah, Aurella dan ibunya bercakap dalam bahasa Poland dan bahasa Inggeris ditinggalkan. Macam mana Aurella punya Inggeris nak mantap. Tambah pula ibu tunggal ni berpendapatan £700 sebulan dan terpaksa membayar sewa dan sara hidup, memang tak ada duit la untuk tusyen kan. Elaun JPA pun £950 untuk seorang pelajar. Macam mana la ibu Aurella, Anna, urus perbelanjaan untuk dua orang. Pengorbanan seorang ibu!
Mengetahui hakikat ini, guru besar Aurella telah mengambil inisiatif untuk memberi latihan intensif kepada Aurella dengan mendapatkan sukarelawan untuk membantu Aurella. Aurella akan membaca dengan guru sukarelawannya selama setengah jam sebanyak dua kali dalam seminggu. Setelah 9 bulan berbuat demikian, Aurella kini lebih yakin membaca dan bertutur dalam bahasa Inggeris.
Gurunya mengatakan Aurella seorang anak murid yang gigih dan menakjubkan. Bukan sahaja itu, Aurella kini menjadi guru kepada ibu kesayangannya. Anna mengatakan Aurella akan membantunya mengisi borang cukai dan sebagainya.
Aku tertarik dengan hati murni gurunya yang sanggup membantu Aurella, seorang pendatang dari Poland sedemikian rupa. Aku dapat bayangkan kegembiraan Aurella. Dulu nak kawan pun susah sebab tak boleh bercakap bahasa Inggeris. Sekarang bukan sahaja boleh berkawan, belajar matapelajaran yang lain, malah Aurella boleh sedikit sebanyak membalas budi satu-satunya insan dalam hidupnya dengan mengajar ibunya bahasa Inggeris.
Siapa tahu, satu hari nanti Aurella akan jadi seorang saintis berjaya ataupun guru yang mulia seperti gurunya. Semuanya bermula dari niat suci gurunya yang sanggup membantu anak muridnya tanpa menuding jari kepada ibunya sambil berkata, 'dah tahu tak boleh cakap English, buat apa lah hang gatai nak mai dok UK ha!'.
Moga kita dapat menjadi seperti guru Aurella. Semoga berjaya dalam mencipta kebaikan di mana sahaja kita berada kepada semua orang tanpa diskriminasi.
Wallahu'alam.
*Maaf atas penulisan bahasa Melayu yang goyah. Sudah lama tak menulis dalam bahasa melayu tetapi nak cuba sebab takut buta huruf dalam bahasa ibunda sendiri.
Salam.
ReplyDeleteAnd another things to ponder adalah gerak kendiri rasa nak belajar dan kehadiran sukarelawan.
Things like these agak susah nak ade di Malaysia. But heck, as someone y tahu kepentingan benda2 camni, why dont we be different, why dont we wujudkan benda2 y "asing" ni di tempat sendiri.
Teaching a vietnamese, a burmese, a bangladeshi or even our own bumiputera the simple yet powerful knowledge, culture or a know how to survive in this country.
And teaching the community to cintakan knowledge. Ilmu ade banyak. Teach as much as we can. Gain as much as we can.
Niat mau ikhlas. Cara kena baik. Baru masyarakat berjaya dunia akhirat. :)