Friday, 6 July 2012

Macam mana nak baca ni?


Ramadhan makin dekat dan insha-Allah nanti kita akan perbanyakkan lagi bacaan Al-Quran kita.

Alhamdulillah mid bersyukur kerana telah dilahirkan di Malaysia di mana rata-rata kaum muslimin tahu membaca Al-Quran. Dari kecil kita diajar alif ba ta sehingga arif akan hukum-hukum tajwid.

Antara yang menarik ialah cara membaca hamzah wasol (ٱ) di permulaan ayat.

Dalam Quran, banyak bacaan yang bermula dengan huruf aliff yang tak ada baris. Dulu mid pakai main redah saja dengan membaca sebagai baris atas. Tapi rupa-rupanya ada cara nak baca.

Di permulaan ayat, ada tiga cara baca yakni dengan membaca aliff tu dengan baris atas, bawah atau hadapan.

Baris Atas
 ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ
(Surah Al-Fatihah:1)

Cara bacaan: Alhamdulillah

Apabila bermula dengan alif lam ialah dengan membaca hamzah wasol itu seolah-olah ia berbaris atas. 

Baris Bawah

ٱصۡلَوۡهَا ٱلۡيَوۡمَ
(Surah Yassin: 64)

Cara bacaan: Islauhal yauma

Apabila ia tidak bermula dengan alif lam, kita perlu lihat kepada huruf ketiga. Seandainya huruf ketiga berbaris atas atau bawah, kita membaca hamzah wasol itu seolah-olah ia berbaris bawah.
Maka huruf ketiga ialah huruf lam yang berbaris atas maka bacaannya ialah dengan baris bawah bagi hamzah wasol itu.

ٱنفِرُواْ خِفَافً۬ا
(Surah Attaubah: 41)
Cara bacaan: Infiru khifafan

Baris Hadapan

ٱنظُرۡ كَيۡفَ
(Surah An-Nisa: 50)

Cara bacaan: Undhuru kaifa

Apabila ia tidak bermula dengan alif lam dan huruf ketiga adalah baris hadapan, maka cara bacaannya ialah dengan membaca hamzah wasol itu seolah-olah ianya baris hadapan.


Alangkah indahnya sekiranya kita faham bahasa Arab supaya kita boleh faham apa yang kita baca kan. Dan cara bacaan ini tidak akan menjadi sebarang isu. Namun, alhamdulillah hokum tajwid begitu teratur dan mudah untuk kita ikuti dan moga kita akan arif apabila memulakan ayat kita dengan hamzah wasol.

Wallahualam.


23 comments:

  1. Terima kasih. Ilmu yang bermanafaat.

    ReplyDelete
  2. Thank you for the information,..
    May He bless you every single moment.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, penjelasan nya sangat memuaskan. Makasih yaa..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, penjelasan nya sangat memuaskan. Makasih yaa..

    ReplyDelete
  5. Terima kasih banyak2. Penerangan memang dangat jelas. 😉

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah... jelas. T/kasih.

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah ilmu bermanfaat dan jelas

    ReplyDelete
  8. Terungkai persoalan tp seperti yg diagakkan..terima kasih

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah, sangat bermanfaat. terima kasih

    ReplyDelete
  10. kenapa mereka tak letak baris terus kan mudah org nk baca

    ReplyDelete
  11. Terima kasih diatas penerangan yg begitu sempurna....

    ReplyDelete
  12. Terima kasih atas perkongsian ilmu ini... teman nak kongsikan juga di entry teman untuk rujukkan teman di masa hadapan... semoga tuan admin diberkati dan sentiasa dalam rahmat Allah...

    ReplyDelete
  13. Baris Hadapan

    ٱنظُرۡ كَيۡفَ
    (Surah An-Nisa: 50)

    Cara bacaan: Undhuru kaifa
    Salah lah tu huruf zo
    Bukan do

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum, Alhamdulillah terima kasih atas perkongsian ilmu.

    ReplyDelete
  15. Gambling in NJ | Governor of Gaming - Dr. MSD
    New Jersey has become 토토 사이트 the first state in 경주 출장안마 the 창원 출장마사지 country to legalize 전주 출장안마 online gambling, with Gov. Ned Lamont taking legal steps to legalize gambling in 전주 출장안마

    ReplyDelete